
Anonymous
5 tahun
Pil perancang dan period
Saya wanita berusia 20++ dan baru berkahwin. Kali pertama saya mengambil pil perancang pada hari kelima selepas habisnya period saya. Sekarang saya dalam hari ke 4 dalam tempoh rehat (7hari - 12/7 - 18/7) dari makan pil perancang. Harini merupakan hari pertama period saya. Adakah saya perlu makan pil perancang bermula pada 19/7? Bagaimana jika masa tu, period saya belum habis. Patutkah saya teruskan makan pil tersebut ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pil perancang yang anda ambil ialah pil 21 hari dan 7 hari rehat. Anda boleh mulakan pek baharu (ambil pil baharu) setelah cukup 7 hari tempoh rehat anda (19/7) walaupun haid anda belum habis. Hal ini kerana pil perancang berfungsi dengan efektif ketika kedatangan haid. Sekiranya anda menunggu habis haid anda unutk mengambil pek baharu, anda perlu memastikan perancangan tambahan seperti pemakaian kondom oleh suami anda untuk tempoh 7 hari pertama pengambilan pek baharu ini. Sekian.