Sulit
5 tahun
Pil perancang ke suntikan depo
saya mngabil pil perancang…dan belum habis makan pil saya tukar kepade suntikan depo…adakah ia berkesan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, suntikan depo mengambil masa dalam 7 hari sebelum ianya berkesan untuk mencegah kehamilan. Oleh yang demikian, dalam tempoh tersebut amat disarankan untuk anda mengambil alternatif lain seperti kondom bagi mengelakkan kehamilan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



































