Sulit
4 tahun
Pil perancang kehamilan yasmin dan postinor 2
Saya wanita dalam lingkungan 40an… Jika kita telah mengambil pil yasmin sebagai pil pencegahan kehamilan perlukah juga mengambil postinor 2 jika kondom yang digunakan suami bocor…untuk makluman saya baru seminggu makan pil yasmin. Tkasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Justeru, sekiranya anda memilih untuk mengambil Postinor, peratus mencegah kehamilan akan lebih meningkat tinggi. Bagaimanapun, anda diingatkan untuk tetap meneruskan pil perancang yasmin dan diingatkan bahawa postinor hanya boleh digunakan satu kali sahaja dalam setiap kitaran haid.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.