
Sulit
3 tahun
Pil perancang orolokon
saya baru memakan pil perancang dalam 2 hari,dan suami saya tela pancut dalam… adaka saya akan mengandung? dan adaka saya perlu mengambil pil perancang kecemasan? dan boleh ka mengambil pil perancang setlah 3 hari selepas bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda bimbang mengenai pengambilan pil perancang dan kehamilan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, mengenai pil perancang gabungan,jika anda mengambil dos pertama dalam masa 5 hari dari kitaran haid, pil tersebut akan segera berkesan sebaik sahaja anda mengambilnya. Jika anda mulakan pada waktu lain dari kitaran haid anda, pil mungkin memerlukan 7 hari untuk berfungsi dan berkesan.
Mengenai pil perancang kecemasan, ia perlulah diambil selewat-lewatnya 72 jam setelah berhubungan seks, dimana sebaiknya dalam tempoh 24 jam untuk keberkesanan yang lebih tinggi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.