
Sulit
4 tahun
Pil perancang regulon..kesan nya
Saya berumur 32tahun…masalah saya,saya dah berhenti memgambil pil perancang regulon pada bulan lepas…dan last saya priod pada 13hb(1st day priod)…tp sampai ke hari ni saya still xpriod lagi…dah buat upt tp keputusan negatif…adakah masalah lain yang saya hadapi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita dan khususnya bagi anda adalah terlambat datang haid. Antara penyebab yang boleh berlaku adalah:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - kehamilan (ujian kehamilan awal UPT boleh negatif mahupun positif)
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
mahupun masalah yang lebih serius seperti:
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- gangguan organ tiroid yang terlalu aktif,
- menopaus pramatang,
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
- gangguan hormon yang lain
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian sekiranya gejala tidak datang haid ini berterusan kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!