
Sulit
5 tahun
Pil perancang rigevidon
Selamat pagi boleh tahu pil perancang rigevidon boleh ka jika saya makan tapi anak menyusu badan…sebab anak saya bukan full menyusu badan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pngambilan pil perancang Rigevidon iaitu sejenis pil perancang kombinasi adalah tidak sesuai diambil ketika menyusukan anak kerana ianya boleh menyebabkan kualiti dan kuantiti susu badan terganggu. Oleh itu anda disarankan untuk berbincang dengan doktor/ahli farmasi anda mengenai alternatif perancangan keluarga yang sesuai ketika menyusukan anak. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.