
Sulit
5 tahun
Pil perancang/suntikan
Salam doc sya baru bkahwin …pil prancang apa yang sesuai utk sya amik sebab suami belum sedia utk ada anak tima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai jenis kaedah kontraseptif hormonal yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
- pil perancang bergabung (COCP)
- pil perancang progesteron sahaja (POP)
- suntikan perancang
- implan perancang keluarga
- intrauterine contraceptive device
Untuk mulakan kaedah perancang keluarga hormonal, umur, sejarah kesihatan dan beberapa perkara yang lain harus dipertimbangkan. Oleh itu, langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah berkunjung ke doktor berdekatan supaya kesesuaian anda dengan jenis perancang keluarga boleh dinilai oleh doktor anda.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) atau (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.