
Sulit
4 tahun
Pil perancang untuk merancanhg penambahan ahli keluarga
saya suami kepada wanit berumurn20 tahun.disini saya ingin menanyakan tentang pengambilan pil perancang.adakah pil perancang dpt digunakan selepas 3 minggu melakukan persetubuhan bersama isteri.hal ini disebabkan isteri sya yang belom bersedia untuk mengandung.dan saya ingin mengetahui tentang cara pengambilan pil perancang yang berkesan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21-28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Menurut penelitian, penggunaan sesuai arahan dapat mengelakkan kehamilan sehingga 95%.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda berkonsultasi dengan doktor atau pusat perubatan anda untuk mendapatkan informasi pemakaian yang lebih khusus tentang pil perancangan yang terbaik buat isteri anda.
Tambahan lagi, sekiranya anda baru sahaja menggunakan pil perancang, sebaiknya gunakan kaedah perancang tambahan sehingga mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.