
Sulit
3 tahun
Pil perancang yang sesuai waktu kecemasan bersama suami
Assalamualaikum nak tanya pil apa yang sesuai untuk cegah kehamilan. Yang sesuai di ambil waktu kecemasan bila bersama suami takut sperma lepas ke dalam vagina. Mohon pencerahan.

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, morning after pill atau emergency pill adalah sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Pil Kecemasan ini berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - justeru, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Walau bagaimanapun, sekiranya pil ini diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual & Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
Tambahan lagi, antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil kecemasan ini adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Untuk pengetahuan anda, tablet pertama pil ini harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama. Justeru anda dinasihatkan untuk tidak lagi memakan pil ini kerana dikhuatiri overdose. Namun sekiranya anda masih was-was, boleh segera berjumpa dengan doktor. Selain itu, seperti yang telah diterangkan, pil hormon ini akan cuba sedaya upaya merubah kondisi hormon tubuh agar pesenyawaan (baca: fertilization) tidak berlaku dalam rahim.
Untuk mengetahui dos ubat dan waktu pengambilan yang sesuai, anda boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall). Justeru adalah lebih baik anda berkonsultasi dengan doktor atau pusat perubatan anda untuk mendapatkan informasi tentang pelan rancangan keluarga yang lebih khusus dan yang terbaik buat anda sekeluarga.