
Sulit
5 tahun
Pil Perancang yang sesuai
Sy fara berusia 29 tahun, history sy problem hormon dr belasan tahun, period 2 kali setahun, dn pd thun 2017&2018, sy mngalami period non-stop, dn pernah check n san, semua ok, clear dr cyst just ad pcos, sy diberi ubat perancang Yasmin, makan strght beberapa bln, period mula normal, tp pd thun ni, secara tbe2 bulan jun period sy x dtg, kbtln 29 jun thun ni juga sy berkahwin.dh sehingga kini period x dtg2 juga.jumlah tarikh period sy x dtg ialah 115day pd hrini.masalah bsr pd sy sebab sy x de waktu subur, dan kalau betul rezeki preggy pon sy x boleh nak detect, mohon bantuan doc, apa perlu sy buat.Kalau sy ambil yasmin smula sy akan susah untuk preggy ke? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid lambat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Tes ini boleh dilakukan bila-bila sahaja ataupun 2 minggu setelah hubungan seksual tanpa perlindungan. Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.