nurathiqahanuar99
4 tahun
Pil postinor dimakan 2 biji sekali gus ok atau tidak
Salam sejahtera. Nak tanya kalau saya makan pil postinor 2 biji sekali gus adakah ianya masih berkesan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, sekiranya anda telah mengambil pil ini dua dos sekaligus, harus diketahui bahawa Postinor-2 adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil. Justeru, sekiranya anda makan dalam tempoh 72 jam, maka peratus efektiviti masih sekitat 80% namun tidak sampai 99%
Untuk lebih kepastian, anda boleh berbincang bersama ahli farmasi anda sekiranya anda memerlukan pil tambahan atau tidak walaupun telah mengambil kedua-dua pil sekaligus. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.