Anonymous
6 tahun
Pil untuk datang bulan
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Period saya sejak dari dulu lagi tidak teratur. Selepas bersalin saya tidak mengambil apa-apa ubat perancang dan saya merancang sendiri. Sebelum ini period datang seperti biasa tiap-tiap bulan tetapi bulan ini masih tidak datang lagi. Kalau saya mengambil pil period dan contohnya kalau saya mengandung adakah period saya akan datang juga dan adakah pil itu boleh memberi kesan kepada kandungan saya? Terima kasih kerana sudi menjawab
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memerlukan beberapa maklumat lagi dari puan terutamanya ‘pil period’ yang puan berhajat untuk ambil dan berapa lamakah tempoh telah puan bersalin?
‘Pil period’ yang digunakan umum seperti postinor biasanya bertindak secara hormon yang menipiskan dinding endometrium rahim yang seterusnya menyebabkan turun darah. Sementara kehamilan memerlukan dinding endomentrium yang tebal untuk memastikan janin menempel pada dinding rahim. Sekiranya anda mengambil ‘pil period’ tersebut, kemngkinan besar janin yang belum cukup matang turut turun bersama darah haid.
Sebaiknya puan berjumpa dengan doktor dan berbincang dengan doktor dahulu tentang ‘pil period’ yang puan mahu ambil untuk memastikan ia bersesuaian dengan puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























