
Sulit
4 tahun
Pill kecemasan itu berfungsi dengan baik atau tidak?
saya baru berkahwin dgn suami dan kami masih belum ingin memiliki anak…dan kami membuat onani ketika saya baru habis period…suami saya pancut pada luar kemaluan saya…dan saya hanya mengelap dengan towel…dan kami bersambung onani semula…jadi kerana bimbang saya akn hamil…slepas onani tersebut saya memakan pill kecemasan…bolehkah pill itu membuat saya tidak hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk pengetahuan anda, ubat Postinor adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Untuk keberkesanan pil perancang kecemasan ini, cara pengambilannya haruslah tepat .
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagi menjawab persoalan tentang mengandung, anda perlulah untuk membuat ujian pemeriksaan kandungan melalui air kencing iaitu UPT. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkaitan pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih