
Sulit
5 tahun
Pinggang kanan seperti membengkak
Saya wanita umur 32 tahun. Saya sudah berkahwin.Belum ada anak. Saya dapati ada bengkakkan dibahagian sisi perut kanan saya. Pada bulan mac lalu saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan result semua normal.saya ada beritahu doctor tentang bengkakkan ni dan doctor memeriksa dengan menekan di beberapa bahagian perut saya semasa saya baring tetapi saya tidak merasa sakit. Apabila pulang rumah, saya berdiri di depan cermin dan cuba menekan di bahagian bengkak tu dan saya rasa senak. Saya sakit apa doctor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbuham usus atau perut
- Bendasing dalam saluran makanan
- Masalah otot
- Hernia
Terdapat juga penyakit yang disebabkan oleh masalah wanita seperti
- Kandungan di luar rahim
- Fibroid
- Adenomyosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.