
ninaanadri98
5 tahun
Pitam dan Sakit kepala
Hi Doctor. Saya pelajar perempuan yang masih menuntut di universiti awam. Saya berumur 22 tahun. Saya ingin bertanya tentang punca dan sebab-sebab pitam. Sejak kebelakangan ini, saya sudah beberapa kali mengalami pitam. Dan semuanya berlaku pada bulan yang sama. Pitam tersebut berlaku ketika saya sedang melakukan kerja kerja harian seperti memasak dan mengemas. Selain pitam, saya juga sering mengalami sakit kepala yang datang secara tiba tiba tanpa mengetahui puncanya. Perkara perkara sebegini telah sedikit sebanyak menganggu aktiviti harian saya.
Untuk pengetahuan Doctor juga, saya sedang dalam process menurunkan berat badan atau diet. Diet yang saya amalkan adalah Intermitten Fasting atau IF. Saya telah melakukan IF ini dari bulan 10 tahun 2019 sehingga sekarang. Jadi saya ingin bertanya Doctor, adakah simptom simptom pitam dan sakit kepala ini adalah side effect daripada diet yang saya amalkan?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Justeru, sukar untuk dinyatakan apakah masalah yang dialami ini adalah kesan langsung ataupun tidak langsung daripada diet anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.