
Anonymous
4 tahun
Pitam secara tiba tiba
saya aina berumur 21tahun. saya sedang melakukan aktiviti biasa saya pada waktu tengah hari seperti memasak. secara tiba tiba, saya berasa pitam. mata mula kabur. peluh sejuk2 keluar dkt kepala. kmudian saya ambil kputusan utk berehat sbntar. slps saya rasa ok sdikit. saya bniat nak sambung kerja ddapur. tp. pkara sama blaku lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan pitam. Antaranya ialah:
- Kurang darah merah
- Tekanan darah rendah / Hipotensi
- Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
- Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.