Anonymous
3 tahun
Pitam tiba tiba dan berpeluh
Hello doktor, sy nak tnya… Kelmarin sy baru je mula keja setelah 2minggu sy brcuti… Bila start keje je tu tiba tiba pandangan sy kabur suma nmpk hitam… Dan byk keluar peluh… Tgan sy sejuk je… Ne first time sy kena macam ne… Selama ne sy x pernah dpt macam ne… Tp sy xda apa2 penyakit pn slama ne… Bole sy dptkn jawapan x? Sy nak tau kenapa sy boleh kena macam ne…?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami, antaranya:
- Anxiety ( Rasa cemas setelah kembali bekerja)
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
- Anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih