
Sulit
4 tahun
Positif upt kemudian negetif
Sy 28tahun , setahun yg lepas sy mengandung luar rahim dan 2bulan lepas sy buka iucd …last datang bulan 28,8 dan sepatut ny bulan ne 25 hari bulan sy datang bulan tapi 22,9 sy test upt dan positif sabab garisan samar2 sy test 3x, tengah hari petang dan mlm semua positif garisan tak terang… 23,9pagi sy test lagi sekali juga positif dan garisan lebih terang … Sebab tak yakin 24,9 pagi sy test lagi sekali mengunakan digitel upt test juga positif 1-2… Dalam berapa hari tu pingang belakang n bawah perut sy sakit2 ,on off… 28,9 pagi ada darah kat panti liner n tak penuh… Lama2 darah keluar semakin banyak ½hari 2 pat penuh dan bawah perut semakin sakit… Sy pegi kecemasan doc suru sy test upt kepurusan negetif… doc ckp sy tak mengandung dan scen perut kosong tak de apa2… 29,9 darah daj tak keluar perut n pingang pun tak sakit … Pagi ne sekali lg ada keluar darah… #maaf soalan sy yg pertama salah taip hari bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pendarahan.
Untuk pengetahuan anda, ujian UTP adalah salah satu ujian untuk mengesan kehamilan. Ujian ini akan mengesan hormon hCG yang dihasilkan dalam badan ketika wanita mengandung. Biasanya selepas berlakunya kandungan luar rahim atau ectopic pregnancy , hormon hCG akan kekal dalam badan untuk beberapa hari. Hormon ini juga mungkin dikesan sehingga 6-8 minggu selepas rawatan kandungan ektopik.
Namun melihat kepada gejala yang anda alami, saya sangat menasihatkan anda untuk ke hospital sekali lagi bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Mungkin kondisi yang anda alami adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.