
Sulit
4 tahun
Positive HIV Dan Hasrat ingin berkahwin
Saya bujang berumur 25tahun. Dan baru - Baru ini saya telah buat hiv test. Dan mendapati positive HIV. Sekiranya kadar bacaan virus virus di Dalam Badan saya berkurang, adakah saya Masih boleh berkahwin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Untuk pengetahuan anda, tiada masalah untuk pesakit hiv nak berkahwin dan boleh mempunyai zuriat. Malah pasangannya dan anak-anak mereka tidak semestinya dijangkiti HIV juga!
Penularan HIV adalah melalui beberapa cara spesifik seperti pemindahan darah, hubungan seksual bagi pesakit yang tidak mendapatkan rawatan, perkongsian jarum serta transmisi dari ibu ke anak sewaktu kandungan atau kelahiran. Pergaulan biasa dengan pesakit HIV termasuklah memeluk atau mencium tidak akan menularkan HIV.
Terdapat ramai pesakit HIV yang mempunyai pasangan yang tiada HIV. Pasangan ini dipanggil “serodiscordant”. Mereka boleh melakukan hubungan seksual. Penggunaan kondom akan melindungi dari penularan virus itu. Malah, jika penghidap HIV mempunyai kadar virus yang amat rendah selama sekurang-kurangnya 6 bulan hasil dari mengambil ubat HIV, kadar transmisi melalui seksual walaupun tidak memakai kondom adalah amat rendah hingga boleh diabaikan. Ini siulas dalam satu kempen bernama “undetectable is untransmissible”.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.