
Sulit
4 tahun
Postinor 2 , Ada keluar darah after makan
Hi dan selamat pagi Doc ,
Tarikh last saya datang haid pada 28/10 .Saya ada makan postinor 2 pada tarikh 31/10 dan semalam 7/11 saya ada makan lagi kerana ada membuat hubungan . tetapi selepas tu ada keluar darah sangat sedikit dan sudah berhenti . Adakah itu normal ? Adakah saya perlu makan sebiji lagi selepas 12 jam ? atau adakah disebabkan saya melakukan hubungan intim ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor merupakan pil perancang kecemasan yang diambil setelah hubungan seks tidak terlindung bagi mengelakkan kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan. Pil ini harus diambil dua kali dimana pil pertama secepat yang mungkin setelah hubungan seks tidak terlindung dan dalam masa 72 jam dan pil yang kedua setelah 12 jam pil pertama diambil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.