unknown_elee
3 tahun
Postinor 2 berlebihan
Apa akan terjadi kalau saya makan postinor 4 biji dalam masa 24 jam?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan anda. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda pengambilan postinor secara berlebihan boleh meningkatkan kesan sampingan ubat yang anda alami oleh disebabkan tahap hormon yang tinggi. Antara kesan sampingan yang mungkin anda alami adalah:
- Rasa loya atau muntah
- Pening
- Sakit kepala
- Letih
- Sakit pada bahagian payu dara
- Dalam sesetengah kes, perdarahan antara haid (spotting) mungkin akan berlaku dalam masa 2-3 hari selepas mengambil ubat ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini ( DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.