
tinytoon79
5 tahun
Postinor 2 dan period
Saya telah mengambil postinor 2 seperti yg disarankan oleh Dr dan saya sepatutnya dtg period pada 15.12 tetapi tidak dtg period. Saya mengalami pendarahan sedikit shj yg dikesan pd keputihan pd isnin 16.12 selepas tu tiada dan pd 19.12 ada pe darah an berwarna coklat… Adakah itu period yg tidak regular atau pun implantasi
Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil perancang kecemasan tersebut boleh memberi kesan sampingan seperti berikut:
- mual
- muntah
- kitaran haid berubah/ tidak teratur (Anda mungkin mengalami kesan sampingan tersebut)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.