Sulit
3 tahun
Postinor 2 keluar darah warna coklat selama 8 hari
Hi doc ,
Saya nak tnya adakah normal selepas makan postinor 2 akan keluar pendarahan warna coklat sebab saya sudah 8 hari keluar darah warna coklat . Adakah tu normal ? dan maaf kalau lari topik . Saya memang tak boleh solat kan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan warna coklat selepas makan postinor 2. Untuk makluman pihak anda, postinor merupakan pil perancang kecemasan yang diambil setelah hubungan seks tidak terlindung bagi mengelakkan kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan anda yang mengambil pil postinor, gejala pendarahan coklat yang anda alami berkemungkinan besar merupakan kesan sampingan daripada ubat tersebut, dan ianya sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan. Pil ini harus diambil dua kali dimana pil pertama secepat yang mungkin setelah hubungan seks tidak terlindung dan dalam masa 72 jam dan pil yang kedua setelah 12 jam pil pertama diambil.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.