
Anonymous
5 tahun
Postinor 2 lambat period
Bulan yang lepas saya makan postinor2 , selepas beberapa hari saya period selama 7 hari . Kemudian bulan ini tak period sedangkan pada masa ini saya sudah ada tanda tanda period . Kenapa ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pengambilan pil postinor yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas penembusan pengambilan tablet atau keluar pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih