
Sulit
5 tahun
Postinor 2 untuk ibu menyusu
Sy ibu utk bayi 2bln + .
menyusukn bayi+ fm…
menggunakan kaedah prancang kluarga:kondom
Masalah: kondom bocor dan risau hamil lg…
Boleh tak kalau sy nk mkn postinor 2?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Postinor-2 tidak menjejaskan sama ada kuantiti atau kualiti susu yang dihasilkan oleh payudara anda. Sebaliknya, hormon dari pil boleh disalurkan dan dideteksi dalam air susu ibu. Namun, anak anda mungkin tidak akan mengalami apa-apa kesan buruk daripada pengambilan air susu yang mengandungi hormon. Sebaiknya adalah tidak menyusukan sekurang-kurangnya 3 hari selepas menggunakan Postinor-2.
Sebenarnya, terdapat dua jenis pencegahan kehamilan kecemasan; yaitu dengan mengkonsumsi ubat " morning pill" seperti Postinor ataupun IUD. Postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan secara kecemasan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari.
Sementara itu, pemasangan IUD pula memerlukan anda untuk mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemasangan alat IUD. Pemasangan IUD sebagai kontraseptif kecemasan perlu dilakukan dalam tempoh 5 hari setelah berhubungan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.