
Sulit
4 tahun
Postinor 2 : Wife saya silap cara makan postinor 2
Wife saya silap cara makan postinor 2 ,makan secara sekaligus 2 pc, dan hari ke 8 belum ada tanda2 haid , dalam masa sama saya telah berhubungan lagi sekali sgga perpancut dalam pada hari ke 7 itu ,perlukah wife saya makan postinor2 disebabkan kali kedua berhubungan shga terpancut dalam, atau ubat yg makan yg pada mulanya tidak berfungsi sebab salah makan

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, harap maaf, oleh kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas, berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Pil perancang kecemasan berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Lebih awal anda mengambil pil tersebut, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan.
Untuk mengenalpasti kondisi rahim anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan di rumah dengan cara yang betul, atau merujuk ke doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
Walaupun pil ini tidak berbahaya. namun masih mempunyai kesan sampingan yang berdampak pada sesetengah wanita. Selain itu, terlalu kerap memakan pil ini juga dapat mengganggu kitaran haid wanita dan meningkatkan lagi kadar kesan sampingan yang lain.
Antara kesan sampingan pil ini adalah :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual muntah
- Sakit perut
- Pening
- Sakit kepala
Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil ini adalah:
- Kehamilan atau masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.