
Sulit
5 tahun
Postinor dan ubat turun haid
Hi. Sy telah mengambil postinor pada 25/10 dan sampai harini sy tidak datang haid. Sy telah melakukan 2 kali upt pada 15/11 dan 24/11 dan keputusannya negative. Sy turut melakukan ujian di klinik dan hasilnya negative. Dr memberikan ubat turun haid iaitu medroxyprogestrone acetate . Adakah haid sy akn teratur atau sebaliknya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor-2 adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Antara kesan sampingan penggunaan Postinor adalah seperti mual, muntah, perubahan kitaran haid, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil.
Justeru, terdapat kemungkinan bahawa haid tidak datang adalah akibat kesan ubat. Namun, seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.