
Sulit
4 tahun
Potassium Dan darah tinggi: Cara mengawal bila membuat perjalanan jarak jauh
Saya mempunyai masalah darah tinggi Dan hypokalemia tanpa sebab. Walau menggunakan potassium Yang pil. Masih berlaku penurunan mendadak. Apa Yang harus dibuat atau diberi perhatian sekiranya ingin membuat perjalan 8 jam…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat banyak punca kekurangan potassium dalam badan. Keadaan ini dipanggil hypokalemia. Antara penyebab masalah ini adalah:
- Masalah buah pinggang
- Sering muntah-muntah
- Cirit birit
- Penggunaan ubat darah tinggi jenis diuretics (mengeluarkan air dari badan)
Tips untuk perjalanan jarak jauh adalah untuk menyediakan ubat yang secukupnya dan membawa apa-apa dokumen jika berlaku kecemasan sewaktu dalam perjalanan. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dahulu, jika hypokalemia berpunca daripada kesan ubat darah tinggi. Doktor anda akan menukarkan kepada ubat lain yang lebih sesuai untuk anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.