
Sulit
4 tahun
Potassium naik sedikit
saya nak tanya dengan ,doctor baru2 nie ada buat ujian darah untuk saringan kesihataan,tapi masalah saya skrng kadar potassium naik 1 dari had normal ,apakah saranan untuk kurang kan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bacaan potassium tinggi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kegagalan buah pinggang
- Beberapa jenis ubat-ubatan darah tinggi, dan ubat kemoterapi
- Dehidrasi
- Penyakit seperti kencing manis jenis 1, Addison serta pendarahan organ dalam,
- Trauma
- Penggunaan alkohol atau dadah rekreasi
- Penggunaan ubat tambahan
Dapat anda perhatikan banyak penyebab yang boleh menyebabkan bacaan kalium meningkat dan setiap satu daripadanya mempunyai cara rawatan yang mungkin berbeza.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat dan kemudiannya rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.