
Sulit
4 tahun
Praid lewat 7 minggu dan keluar ketulan isi bersama ketulan darah
Praid saya lewet 7 minggu.bila datang praid keluar ketulan isi bersama ketulan darah.ketulan isi itu sebesar 3 jari .saya ke klinik untuk pemeriksaan.dan dr telah membuat pregnent test tetapi negetif.saya confius tenteng ketulan isi tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah hai.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda sepatutnya bertanyakan kepada doktor yang merawat anda tentang ketulan tersebut. Sukar untuk saya katakan apakah ketulan tersebut tanpa melakukan pemeriksaan fizikal dan lain lain.
Namun begitu secara amnya, ia boleh disebabkan oleh:
- Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Sekiranya masalah ini berulang, saya berharap anda dapat segera ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan jangan lupa tanyakan kepada doktor yang merawat anda, apakah yang berlaku kepada anda hasil daripada pemeriksaan beliau.
Anda masih risau tentang haid tidak datang ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.