
Sulit
5 tahun
Pramatang ejakulasi - Umur saya 34 dan sudah berkahwin, mengalami pramatang ejakulasi sejak umur 20-an lagi. Bagaimana nak merawat penyakit ini? TQ
Umur saya 34 dan sudah berkahwin, mengalami pramatang ejakulasi sejak umur 20-an lagi. Bagaimana nak merawat penyakit ini? TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
endokrin - masalah tiroid
arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Oleh hal yang demikian, cara untuk merawat penyakit ini adalah seperti yang berikut:
- Kaunselling
- Senaman otot pelvik
- Teknik jeda-pegang
- Kondom
- Ubat-ubatan
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih