
Sulit
5 tahun
Pramatang ejekulasi (pancut awal)
Saya 23 tahun dan saya ada masalah pancut awal disebabkan tabiat onani pada awal usia … bagaimanakah cara untuk merawatinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pancut awal atau ejakulasi pramatang adalah suatu keadaan apabila seseorang lelaki ejakulasi dalam tempoh yang cepat dalam nilai waktu/ saat yang objektif. Justeru, dalam kes anda, belum jelas disini seberapa cepat anda mencapai klimaks. Sebaiknya ia dihitung dalam nilai saat ataupun minit. Secara umum, ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakupayaan untuk mengawal ejakulasi
- Faktor intrapsikik seperti anxiety, kemurungan dan rasa bersalah
- Masalah interpersonal seperti hubungan dengan pasangan dan respons pasangan
- Gangguan atau kerosakan saraf
- Kesan pengambilan sesetengah ubatan
Memandangkan ia dapat disebabkan oleh pelbagai hal dan faktor risiko, adalah sebaiknya anda merujuk doktor untuk mengenalpasti penyebab sebenar terjadinya ejakulasi pramatang ini. Mengenai tabiat onani pula, kajian tidak menemukan sekiranya onani menyebabkan ejakulasi pramatang.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.