
Sulit
4 tahun
Precnancy test berubah
Hai doktor. Saya mariam umo 23 tahun. Saya ade anak umo 8bulan. Full bf. Dan saya tak amik ape2 ubat perancang. Bulan lepas saya missed period. Sepatutnya saya period 20/4. Tapi tak period. So 23/4 tu saya cuba test pregnancy positive tapi samar2. Then, untuk kepastian. Saya check semula 1/5 masih positive dan samar2 juga. After that, saya check semula 4/5 dah negative balik. Banyak jenis upt saya cuba tetap negative. Saya pelik, sebelum ni double check positive tapi samar2. Saya pulak kerap rasaa macam senggut. Boleh doktor terangkan kenapaa yer. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, terdapat pelbagai sebab untuk keputusan UPT memnunjukkan negatif walaupun anda hamil. Antaranya:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah atau terlalu tinggi untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan dan ujian lanjut boleh dilakukan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.