
mamajaxxon
4 tahun
Pregnancy atau perlu ke hospital
Saya mengalami muntah teruk,hamil anak ketiga. Baru 7 minggu. Telah ke hospital,Dan didapati ada jangkitan kuman pada air kencing. Diberi antibiotic,Panadol Dan ubat melawas air kencing. Bagaimanapun,masih muntah2 termasuk air yang diminum. Ke klinik Dan hanya dibrikan ubat tahan muntah. Semua makanan Dan minuman tidak dapat ditelan. Adakah saya harus ke hospital sekali lagi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan yang di beri, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala muntah-muntah ketika dalam kandungan disertai dengan jangkitan kuman pada air kencing. Gejala yang anda alami mungkin berkait dengan kehamilan anda ataupun tidak.
Untuk makluman anda, gejala muntah yang tidak dapat dikawal ketika hamil adalah digelar sebagai Hyperemesis Gravidum dimana seseorang wanita mengandung mengalami morning sickness yang berlebihan. Ini disebabkan oleh hormon yang meningkat dalam badan wanti baru saja hamil.
Terdapat beberap komplikasi yang dihadapi oleh kondisi ini:
- Bayi belum cukup umur
- Bayi kurang berat badan
- Pre-eclampsia (Penyakit darah tinggi ketika mengandun)
Mengenai jangkitan kuman pada kencing anda, ia boleh disebabkan oleh kehamilan and dimana wanita yang mengandung lebih terdedah dengan jangkitan kuman berbanding yang bukan hamil. Ini adalah disebabkan oleh:
- Bayi dalam rahim boleh menyebabkan air kencing tersekat dalam pundi
- Hormon yang boleh menganggu aliran air kencing
- Penyakit keradangan buah pinggang (Pyelonephritis)
- Jumlah kandungan gula yang meningkat dalam darah
Jangkitan kuman pada aliran kencing boleh menyebabkan simptom-simptom seperti demam, loya, muntah, menggigil dan juga kencing sakit. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan mengenai masalah yang anda hadapi bagi menjalankan siasatan kesihatan lebih lanjut untuk mendapatkan punca masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.