
Sulit
4 tahun
Pregnancy medicine that safe to take
Boleh tanya apakah glycine 45mg,saya selamat makan glyprin yg mengandungi aspirin 100 mg dan glycine? I pregnant sekarang 29 minggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya beranggapan anda mengambil ubat glyprin semasa mengandung untuk masalah darah tinggi anda. Oleh itu, saya yakin ubat tersebut dipreskripsi oleh doktor anda. Maka ubat tersebut semestinya selamat untuk anda.
Untuk maklumat anda, glycine merupakan sejenis amino acid yang boleh dihasilkan oleh badan tetapi, dalam keadaan tertentu badan memerlukan glycine lebih dari apa yang badan boleh hasilkan seperti semasa mengandung.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.