
Sulit
4 tahun
Pregnancy test double check masih samar Samar Dan datang bulan
Saya berumur lingkungan 39 ,pada bulan ini Saya mengalami syntom mual , morning signess dan lg seminggu Saya buat ujian kehamilan sendiri didapati Ada double line samar Samar, adakah Saya hamil ? Dan dlm masa yg sama sy datang bulan…apa harus sy lakukan doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilansemula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Oleh kerana anda datang haid seperti biasa, keputusan ujian kehamilan ini mungkin positif palsu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.