
Sulit
3 tahun
Pregnancy test result
Minggu lepas i buat upt double line terang, semalam i buat upt line yg C kabur line yg T jelas, knp ye doc. Dan utk buat scan baby week yg ke berapa wajar boleh scan. Adakah week 6 masih awal utk scan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kit ujian kehamilan menjadi positif, seperti:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Berikut pula punca yang menyebabkan kit ujian kehamilan menjadi kabur atau negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca mengapa terdapat perbezaan bacaan kit ujian kehamilan berdasarkan soalan sahaja. Secara amnya, anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan dan pengesahan kehamilan bersama dengan doktor sebaik sahaja kit ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif (dua garis atau double line). Tiada waktu tertentu yang boleh dikatakan sesuai untuk membuat scan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.