khaleeda_michiev
6 tahun
Pregnant atau sekadar gastrik biasa
Doktor, saya ingin bertanya…saya masih belum lewat kedatangan haid, tapi sejak kebelakangan ni saya mengalami tanda yg sedikit pelik…hampir setiap hari saya rasa perut tidak selesa, sentiasa sendawa ,pening dan pernah juga demam. Saya andaikan ia sebagai gastrik, tapi sebelum ni saya tidak pernah rasa seperti ini…boleh doktor jelaskan sama ada benar gastrik atau tanda2 awal kehamilan?..
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, biasanya tanda awal kehamilan bagi setiap individu adalah berbeza. Perut tidak selesa boleh menjadi salah satu simptom, namun ianya tidak spesifik kepada kehamilan sahaja.
Sekiranya anda mengesyaki hamil, anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan bagi memastikan kehamilan anda. Anda boleh lakukannya dalam 2 - 3 minggu selepas lewat haid.
Anda disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi mengenalpasti sekiranya masalah yang anda hadapi adalah disebabkan oleh masalah pada sistem pencernaan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.
























