
Anonymous
5 tahun
Pregnant tapi tak pasti
Saya berumur 25 tahun. Bulan mei yg lepas sy mngalami period yg sgat pnjg 23 hari tp dlm kuantiti yg sedikit. Pd bln ini 20 jun, saya cek upt dan upt sy positif. Adakah tu memg sy hamil atau ptanda lain ? Dan sy nk tnya bole ke wanita yg bru hami makan durian di awal kehamilan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Walaubagaimanapun, untuk kepastian, anda perlu menjalani ujian ultrasound scan di mana mana klinik berdekatan
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.