Sulit
4 tahun
Prengnacy test detect tak kandungan 1 minggu?
Hai . Isteri saya berumur 19 tahun dan masih bergelar seorang pelajar IPTA di malaysia . Soalan saya , adakah prengcancy test detect kandungan berusia 1 minggu ? Hal ini kerana , 2 minggu lalu isteri saya menggunakan prengnancy test dan hasil ujian adalah negatif . Tetapi periodnya tidak datang . Dia mula menunjukkan tanda2 awal seperti mual , muntah , mengidam , pening kepala . Saya harap doktor dapat membantu menjawab soalan ini .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Justeru, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























