marmarabiru
4 tahun
Prevention Covid infection
Ada guru bertanya tentang pelajar yang akan hadir ke program perkhemahan selama 2 hari Sabtu ni?
This is regarding orange status in Singapore, as far as Covid -19 is concern.
Ada 2 pelajar yang parents mereka baru balik dari Singapura semalam.
Do the kids advised not to attend the program, as a measure of prevention.
- Please advise.
- Any link for guidelines
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebelum menjawab soalan-soalan tentang coronavirus berikut, setiap orang yang telah berkunjung keluar negara harus dilakukan penilaian risiko terlebih dahulu. Hal ini kerana, untuk setiap kategori risiko, terdapat kaedah penanganan yang berbeza-beza. Tidak semua orang harus dikuarantina dalam kes ini. Keterangan anda disini adalah samar-samar. Adakah pelajar akan ke Singapura untuk perkhemahan ataupun ibu bapa pelajar yang ke Singapura?
Ikuti update Coronavirus disini melalui:
- Kuiz menilai risiko coronavirus (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor dengan klik ( Tanya Doktor Pakar KKM ) yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal).
Sedikit tips, mungkin dapat membantu sekiranya guru mengetahui dan dapat mendeteksi gejala-gejala coronavirus iaitu:
- demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
- batuk
- sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini