
Sulit
4 tahun
Private part berbau akibat keputihan
Hai… Saya wanita berusia 24 tahun. Baru-baru ini saya telah dijangkiti penyakit kulat di private part saya. Setelah itu, saya mengalami keputihan yang berwarna kekuning-kuningan.
Untuk pengetahuan doktor, saya baru sahaja period pada 27/04/2021. Setelah saya habis period, keputihan kekuningan itu menjadi agak berbau. Apakah menyebabkan benda itu berlaku? Dan adakah darah period berbau itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Vaginitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu, maklumat lanjut mengenai bau yang disebutkan oleh anda adalah subjektif dan maklumat lanjut mengenainya perlu diketahui.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.