
Sulit
5 tahun
Procedure untuk pemeriksaan alat sulit
Saya lelaki 20-an. Saya ingin mendapatkan pemeriksaan alat sulit di hospital kerajaan/swasta. Tetapi saya tidak tahu procedure untuk mendapatkan rawatan tersebut. Bolehkah doktor-doktor tunjukkan caranya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Anda boleh pergi ke mana-mana klinik untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mahukan pemeriksaan alat sulit. Sekiranya terdapat penyakit atau sesuatu yang memerlukan rawatan, doktor diklinik akan memaklumkan anda samada rawatan terdapat di klinik ataupun perlu ke hospital untuk temu-janji dengan doktor pakar. Sekiranya anda terus ke hospital, ia akan memakan masa yang lama kerana hospital hanya akan menguruskan urusan kecemasan atau pesakit yang mempunyai surat temu-janji doktor sahaja.
Selain itu, anda juga boleh bertanya secara atas talian gejala-gejala yang anda alami secara privasi melalui link kami. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.