
fir_sya86
5 tahun
Punca anak demam malam & cara rawatan
Saya ingin bertanya kepada doctor…anak sy umur 10bln…dia ada hypotyroid…tp dh normal…ubat still kna makan lg…masalah sekarang anak saya dh 2 mggu lbh demam malam…siang hari bdn dia tdk panas…bila mlm bdn dia mula panas…2 kali dah ambik drh di klinik kesihatan…result drh di klinik kesihatan sel drh putih 13.3…doc bg ubt antivirus…lps mkn hbs ubt tu dia still lg demam mlm…sy g klinik swsta doc bg antibiotik utk 5 hari…sy ke hosp pulak sbb dia demam lg n ambik drh skli lg…result darah d smua normal…sy risau sbb demam d on off…ank sy mnyusu bdn ok,mkn n aktif cm biasa…boleh doc terangkan mslh ank sy jika dia demam cm ne??trma ksh…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sebetulnya keluhan anda bahawa panas adalah subjektif kerana suhu tubuh harus diukur menggunakan termometer. Suhu tubuh melebih 37.5 boleh dikatakan demam. Demam boleh jadi adalah petanda beberapa keadaan yaitu:
- Jangkitan tifoid
- Demam denggi
- Jangkitan TB
- Dehidrasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.