
Sulit
5 tahun
Punca haid lambat dan sakit sakit badan
Saya wanita 19 tahun. Sy kerap dtg haid lambat tpi kali ni bawah perut dan pinggang sy rasa sgt sakit. Adakah saya mengalami kemungkinan mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehamilan tidak akan menyebabkan sakit bawah perut dan pinggang. Sakit ini mungkin disebabkan oleh sakit haid, punca-punca sakit haid adalah seperti:
- Ketumbuhan Fibroid (Ketumbuhan yang tidak agresif)
- Ketumbuhan Adenomyosis
- Endometriosis
- Keradangan Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
Sekiranya anda masih berisau dan haid anda tidak datang lagi, anda boleh mengesahkan dengan membuat ujian kehamilan, UPT boleh sahaja didapati di mana-mana farmasi atau farmasi kita. Ini link untuk teknik penggunaan dengan betul.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.