Sulit
5 tahun
Punca jangkitan HIV
Saya ingin bertanya adakah dengan melakulan foreplay seperti menghisap kemaluan dan bercium lidah boleh dijangkiti HIV…sedangkan masa melakukan hubungan sex…menggunakan sarung
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. HIV dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Lapisan mukosa itu sendiri juga merupakan salah satu ruang lapisan dimana dapat berlakunya transmisi HIV. Malah luka pada lapisan tersebut justeru meningkatkan lagi risiko transmisi.
Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV dengan bantuan pihak kesihatan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih






























