
Anonymous
5 tahun
Punca Lewat haid 2 bulan
Saya berumur 33tahun. Sebelum ini x pernah mengalami masalah “kelewatan haid” .
Skrg dh hampir 2 bulan sy tidak dtg haid. Dan apabila sy buat pregnancy test . . Result adalah negatif. Ape perlu sy buat utk sahihkan sama ade sy mmg betul pregnant atau tidak

5 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Haid yang lewat untuk dua hari sahaja merupakan kondisi yang biasa. Punca utama haid yang tidak teratur adalah gangguan hormon di dalam badan kita. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan dan keadaan ini boleh menyebabkan haid yang lewat. Tekanan emosi, stres, kurang tidur, letih, makan tidak mencukupi, jadual makan yang tidak tetap serta susutan atau tambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan haid lewat untuk beberapa hair dan perdarahan haid juga mungkin akan bertambah atau berkurangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.