
Sulit
4 tahun
Pusing kepala ketika berpantang
Saya ibu yang tengah berpantang hari ke 37, umur saya 27 tahun. Saya sering mengalami pening kepala. Pandangan saya berpusing, apatah lagi kalau tunduk. Kenapa ye? Saya tak sakit kepala yg terasa berat ataupun berdenyut, cuma rasa pusing sahaja.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ysakit leher dan pening kepala yang suami anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit darah seperti anemia (kurang sel darah merah yang mengandungi oksigen_)
- Tekanan darah tinggi
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
- migrain
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Kami sarankan pihak anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk. Sementara itu, pihak anda boleh melakukan yang berikut untuk mengurangkan simptom anda iaitu:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Kurangkan tekanan darah
- Banyakkan senaman yang seimbang
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Anda rasa pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.