
wawa_alis
5 tahun
Ragu cara pemakanan postinor yg betul
Saya makan postinor mengikut dos dan masa yg betul(set 1).jika saya melakukan seks berulang di dalam tempoh 72 jam selepas memakan set 1 itu, perlu ke saya makan set postinor yg lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan kecemasan setelah melakukan hubungan seksual. Ia tidak bermaksud untuk digunakan sebagai alat kontrasepsi biasa. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, akan menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Oleh itu, jika mengambil Postinor sebelum anda mempunyai seks tanpa perlindungan tidak akan menawarkan perlindungan maksimum ke hadapan kerana sperma boleh hidup sehingga lima hari selepas ejakulasi.
Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Oleh kerana Postinor merupakan ubat kontrasepsi kecemasan sahaja, sebaiknya anda menggunakan amalan seks lain yang selamat seperti kondom, diafragma, dan lain-lain.
Untuk mendapatkan bimbingan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih