
Sulit
4 tahun
Ragu Ragu dengan rapid test hiv
Sy telah buat hiv rapid test dirumah menggunakan rapid test yg dibeli secara online… Masa sy buat rapid test Tu adalah 90 Hari selepas masa sy terdedah pada jangkitan… Dan keputusan adalah negatif… jadi adakah betul rapid test Tu benar2 menunjukkan sy nagetif… Sbb sy risau rapid test ITU rosak…ataupun perlu sy ambil masa lagi Untuk buat rapid test sekali lagi… Rapid test Tu brand cofoe … Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, keputusan ujian rapid yang negatif tidak memberitahu anda 100% bebas daripada HIV kerana mungkin kandungan virus (viral load) yang terlalu rendah untuk kit tersebut ataupun cara penggunaan kit yang salah.
Ingin kami tekankan bahawa rapid test HIV boleh memeberikan maklumat false positive, jadi anda perlu melakukan ujian lain di klinik atau hospital seperti viral load dan CD4 count untuk melihat dan mengesahkan status HIV anda.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubungi dengan doktor pakar kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.